Hey.that's us again!

| Monday, January 18, 2010

Putrajaya sasaran FolkStudio

Oleh ISMA ISMAIL
isma@hmetro.com.my
2010/01/17

  BERMASALAH mencari destinasi atau lokasi? Tentunya ramai yang mengalami masalah itu akan menggunakan bantuan peta atau carian Internet bagi memudahkan perjalanan ke sesuatu tempat.
  Masalah itulah yang cuba diselesaikan sekumpulan 14 graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan menampilkan lokasi atau bangunan melalui paparan tiga dimensi (3D).
  Dengan menamakan kumpulan mereka sebagai FolkStudio, graduan terbabit menggunakan teknik 3D bagi memudahkan orang ramai mencari lokasi di laman web Google Earth.
  Idea asal itu terbit apabila mereka mendapat maklumat mengenai satu pertandingan di laman web itu.
Sebagai langkah permulaan kumpulan yang terdiri daripada kumpulan anak muda yang berusia awal 20-an itu menjadikan kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya sebagai lokasi untuk dibangunkan dalam versi 3D.
  Putrajaya dipilih kerana kawasan berkenaan yang bukan saja mempunyai daya tarikan untuk industri pelancongan tetapi juga kerana infrastrukturnya lengkap menyebabkannya wajar untuk diketengahkan.
Usaha berkenaan adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia berbanding Amerika Syarikat, Jepun atau Korea.
  Ketua kumpulan FolkStudio, Mohd Azrul Mohmed Nasir, 23, berkata semua anggota kumpulannya itu adalah rakan sekuliah ketika mereka mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda Sains (Seni Bina) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan bersepakat untuk sama-sama membangunkan pemetaan versi itu....... see more at http://www.hmetro.com.my/articles/PutrajayasasaranFolkStudio/Article/
 
 
ps:We want to say thank you to Metro and Mr Isma Ismail for the interview and chance given.We are really appreciated it.  -Folkstudio-



4 comments:

FJ said...

good luck you guys and make malaysia proud!

Mohd Azrul said...

thnks FJ for da cmment..hope ull support us to cmplete our mission..thnks!!

rafiealam said...

folk...folk...good luck..sememangnya bercita2 tinggi korang semua ni ye..tak sia2 aku besarkan korang...ahahahahaha.....
ok la floks...
all the best~!

Unknown said...

???

Post a Comment