13 graduan UiTM hasil peta lokasi 3D
Oleh Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman
bhnews@bharian.com.myMOHD AZRUL (kanan) bersama ahli Folks Studio mereka cipta laman web permudahkan orang ramai mencari lokasi yang ingin dikunjungi.
KUALA LUMPUR: Orang ramai termasuk pelancong asing yang berkunjung ke negara ini tidak lagi sukar mencari atau mengunjungi lokasi pilihan apabila maklumat itu dibekalkan melalui laman Google Earth.
Semua maklumat diperoleh melalui gambaran lokasi tempat atau bangunan dalam versi tiga dimensi (3D) yang diusahakan sekumpulan 13 graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Kumpulan itu yang menamakan pasukan mereka, Folks Studio menggunakan teknik dimensi 3D untuk mencipta bangunan utama dan menamakannya bagi memudahkan orang ramai mencari lokasi di laman web Google Earth.
Ini kali pertama usaha menamakan bangunan dalam 3D dilakukan di Malaysia dan memberi kemudahan kepada masyarakat mengenali serta mencari lokasi yang ingin dikunjungi
Ketua kumpulan itu, Mohd Azrul Mohmed Nasir, 23, berkata buat permulaan, pihaknya akan mereka mencipta dan menamakan bangunan kerajaan di pusat pentadbiran Putrajaya sebelum memperluaskannya membabitkan bangunan di ibu negara.
Beliau berkata, nama dan lokasi bangunan di Putrajaya yang dibangunkan selama empat bulan bermula November lalu dijangka selesai 1 Mac depan.
"Orang ramai yang ingin mengetahui secara terperinci lokasi yang ingin dikunjungi di Putrajaya boleh memuat turun peta Putrajaya di laman web Google Earth.
"Dalam laman web itu dimuatkan secara lanjut nama dan bentuk bangunan bagi kemudahan mereka, sekali gus mengelakkan mereka tersesat," katanya kepada Berita Harian.
Mohd Azrul berkata, idea untuk mereka cipta bangunan 3D dan menamakannya timbul selepas mendapati tiada pihak berbuat demikian berbanding di negara lain, selain memudahkan orang ramai mengunjungi pelbagai lokasi di negara ini.
Beliau berkata, pihaknya menggunakan perisian Sketchup atau Google Building Maker sebelum dimuat turun dalam Google 3D Warehouse di laman web itu.
Seorang lagi ahli kumpulan, Nabilah Othman, berkata usaha itu dilakukan secara berkumpulan dan pihaknya tidak menerima bantuan atau sokongan daripada mana-mana pihak, baik kerajaan mahupun swasta.
Good news people!
Posted by
FOLKstudio
|
Wednesday, December 23, 2009
Hey peeps. We are featured in Berita Harian!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment