FolkStudio update 13-19 Dec

| Wednesday, December 23, 2009
We got a reply from the Majlis Perbandaran Sepang:

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Sepang amat menyokong cadangan dan usaha pihak tuan untuk memasukkan Daerah Sepang ke dalam Peta Dunia menerusi pertandingan 'Google Skechup'. Cadangan tuan ini adalah selaras dengan objektif Majlis iaitu untuk 'menjadi sebuah pihak berkuasa tempatan bertaraf dunia'.


Pihak Majlis juga ada memberikan penekanan kepada para pelajar yang menjalani latihan praktikal di Majlis supaya belajar menggunakan 'Sketchup' bagi struktur bangunan di Bandar Cyberjaya yang dikenali sebagai nukleus ICT atau Bandaraya IT. Ini kerana di Cyberjaya, terdapat banyak syarikat multi-nasional yang beroperasi dan ini secara tidak langsung juga dapat memperkenalkan Malaysia dan Daerah Sepang amnya.


Tambahan lagi, bangunan Majlis Perbandaran Sepang berada di Cyberjaya.. Cadangan dan usaha pihak tuan ini juga boleh dilaksanakan melalui program 'Local Agenda 21' iaitu kombinasi daripada sektor kerajaan, swasta dan orang awam serta para pelajar bersama-sama turut serta dalam pertandingan ini khususnya kearah peningkatan kualiti hidup yang lebih kondusif. Kewujudan banyak institusi pendidikan di Daerah Sepang juga boleh dijadikan sebagai peluang kepada para pelajar untuk turut serta dengan menyediakan hadiah-hadiah yang sesuai sebagai sokongan dan galakan. Cadangan pihak tuan amatlah dihargai.




Mohd Adham Bin Hj Mahmood
Town Planner,
Planning & Development Department,
SEPANG MUNICIPAL COUNCIL,
Persiaran Semarak Api, Cyber 1,
63200 Cyberjaya, Selangor


Everything is going well... hope for the best for FolkStudio peeps!

No comments:

Post a Comment